Sajian Hari Kemerdekaan

Alambumi sajikan makanan bakar & salai sempena sambutan kemerdekaan di tepi hutan Gunung Tampin

KOTA, 10 Ogos 2025 – Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, Alambumi Makan Berkelah dan Bersantai mengundang orang ramai meraikan kemerdekaan dengan menikmati hidangan bakar dan salai dalam suasana damai di tepi hutan simpan Gunung Tampin pada 30 dan 31 Ogos ini.

Bertempat di Kendong Village Resort Sukabumi (Alambumi), Kg Seri Kendong, Kota, Negeri Sembilan, program yang berlangsung dari jam 11 pagi hingga 7 malam ini menawarkan latar ekosistem sungai dan kolam ikan yang menenangkan, sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga dan rakan.

Selain masakan bakar dan salai, pengunjung dapat menikmati nasi lemak berlauk, hidangan kenduri dan aneka juadah ringan. Bagi yang ingin bermalam, kemudahan tapak perkhemahan turut disediakan untuk memberi pengalaman unik beristirahat di desa.

Pengasas Alambumi, En Ahmad Kamil, berkata program ini bukan sekadar menjamu selera, malah menjadi platform mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan semangat patriotisme. 

Alambumi Kendong Village Resort terletak lebih kurang 15 minit daripada A Famosa Resort dan 40 minit dari Kota Melaka. Ia boleh menempatkan seramai 60 orang penginap.

”Kami mahu tetamu bukan sahaja menjamu selera, malah menjadi platform mengeratkan silatulrahim dan menyemarakkan semangat patriotisme.”

- Ahmad Kamil