

DAPATKAN EWORKBOOK PERSEDIAAN DAN PERSIAPAN USAHAWAN SEJAHTERA
Pada 30 April 2026 saya telah membuat Prelaunch Program Usahawan Sejahtera dihadiri oleh lima orang rakan. Ia juga pelancaran satu platform agar masyarakat yang ingin membina kehidupan dalam dunia keusahawanan dan perniagaan mendapat panduan persediaan yang baik dan menyeluruh.
Yelah kita sering mendengar individu termasuk pegawai tinggi kerajaan yang kehilangan ratusan ribu Ringgit kerana ditipu dalam satu pelaburan perniagaan.
Ada juga yang hangus duit menjalankan perniagaan bersendirian atau bersama rakan kongsi.
Kasihan.
Jadi dengan pengalaman saya selama lebih 38 tahun dalam dua dunia iaitu dunia akademik sebagai pensyarah dan trainer kini mentor dan dunia perniagaan sebenar yang pernah mengasaskan dan menjalankan sebanyak tujuh syarikat korporat dalam pelbagai bidang perniagaan maka saya memperolehi ilham untuk melakukan sesuatu
Pergaulan saya dengan ramai usahawan di tanahair dan di seluruh dunia termasuk melatih mereka dan membuat "networking" memberikan saya dorongan untuk menghasilkan EWORKBOOK PERSEDIAAN DAN PERSIAPAN USAHAWAN ini.
EBOOK ini wajib dimiliki oleh setiap insan yang ingin mengetahui apakah persoalan-persoalan yang tidak dibentangkan dalam pengajian formal bidang perniagaan dan perindustrian itu. Tambahan pula dari perspektif dua dunia.
Dengan hanya RM50, ianya sebagai panduan rujukan paling bermakna. Ia memberi kesedaran bahawa buku teks perniagaan seperti Business Management bukanlah tidak bagus dan bermanfaat, namun Ebook ini adalah umpama satu pengalaman pembelajaran yang lebih relevan dan bermakna. Ia memberikan kesan kesedaran mendalam, oh.. begini rupanya realiti yang saya kena betul-betul fahami dan dalami.
Jika tidak saya akan mensia-siakan pengalaman pembelajaran selanjutnya nanti.
Saya sudah menjalankan Bengkel Menulis Rancangan Perniagaan 3 hari 2 malam kepada lebih 1,000 usahawan yang sudah menjalankan perniagaan. Bayangkan mereka bukan sahaja terkejut betapa luasnya dan dalamnya jurang pemahaman kepada aspek-aspek keusahawanan yang perlu difahami di dalam minda, perasaan dan di atas kertas demi merealisasikan sesuatu impian melalui perniagaan.
Saya sendiri kasihan melihat mereka tidak cukup tidor menyiapkan tugasan yang selama ini dianggap remeh.
"Begini rupanya persediaan yang sebetulnya. Kita ni banyak buat andaian sahaja. Main redah..." Begitulah yang terlahir dari mulut mereka.
Topik seperti modal saya kupas begitu luas untuk orang faham bahawa erti cukup modal atau tidak itu merangkumi pengakhiran perjalanan luar jangkaan. Saya sendiri baru sedar tentang fenomena ini.
Puncaknya saya pernah menjalankan perniagaan yang cukup modal dan ada kalanya tidak cukup modal. Apakah maksud cukup yang sebenar-benarnya.
Malah EBOOK ini menyedarkan kita bahawa ramai kalangan usahawan main redah tanpa kesedaran bahawa dunia perniagaan itu umpama meneroka hutan belantara yang sentiasa berubah keadaannya yang perlukan persediaan dan persiapan yang rapi. Saya dulu sebagai outdoor trainer pun berpendapat dan ini diakui oleh rakan outdoor instructors bahawa "tiga minggu lepas kita dah buat tinjauan atau penerokaan awal dan tadi kita masuk semula untuk perkara yang sama, bayangkan banyak keadaan telah berubah kan ."
Sebab perubahan kondisi manusia dan persekitaran terutama perubahan teknologi dan politik selain gayahidup dan kesejahteraan manusia begitu pantas berubah umpama ledakan maklumat.
SECARA ILMIAH
Ramai orang mahu berniaga kerana nampak keuntungan, kebebasan dan gaya hidup yang menarik. Tetapi hakikatnya, dunia perniagaan bukan sekadar semangat dan keberanian. Ia memerlukan ilmu, persediaan mental, kefahaman risiko, strategi kewangan dan kebijaksanaan membuat keputusan. Tanpa panduan yang betul, ramai akhirnya tersilap langkah, kehilangan modal, rosak hubungan, malah ada yang terus trauma untuk bangkit semula.
EWORKBOOK PERSEDIAAN DAN PERSIAPAN USAHAWAN ini dihasilkan bukan daripada teori semata-mata, tetapi lahir daripada pengalaman sebenar lebih 38 tahun dalam dunia akademik, latihan, mentoring dan keusahawanan pelbagai industri. Ia membimbing pembaca memahami dunia perniagaan dari sudut realiti sebenar — perkara yang jarang diajar secara mendalam dalam bilik kuliah atau seminar biasa.
EBOOK ini membuka mata tentang perkara-perkara penting yang sering diabaikan oleh usahawan seperti kecukupan modal sebenar, risiko tersembunyi, modal penyesuaian, modal penutupan, pengurusan perubahan, cabaran rakan kongsi, dan hakikat bahawa perniagaan sentiasa berubah seperti hutan belantara yang perlu diteroka dengan ilmu dan persiapan yang rapi.
Ramai peserta bengkel saya sebelum ini mengakui bahawa mereka selama ini “main redah” dalam perniagaan tanpa memahami gambaran besar dunia keusahawanan. Selepas mengikuti perkongsian dan modul ini, mereka mula sedar bahawa kejayaan usahawan bukan sekadar bekerja kuat, tetapi bekerja dengan kefahaman yang betul dan kesedaran yang matang.
Dengan hanya RM50, EWORKBOOK ini mungkin menjadi pelaburan ilmu paling penting sebelum anda melaburkan puluhan ribu atau ratusan ribu ringgit dalam sesuatu perniagaan. Kadangkala satu kesedaran yang betul mampu menyelamatkan masa, wang, tenaga dan masa depan seseorang usahawan.
Dengan pelaburan RM50 ia menjadi pelaburan persiapan dan persediaan seumur hidup untuk memikirkan, untuk sembang berniaga dan untuk menyoal anak dan rakan bahawa ada dokumen panduan yang menjadi asas kepada apa sahaja aktiviti manusia. Termasuklah jika ingin mula berniaga, atau meneruskan perniagaan atau memikirkan untuk diri dan orang sekeliling tentang fenomena yang berlaku di persekitaran kita ini.
Selepas membaca dan menjawab persoalan-persoalan serta melakar tugasan ringkas berpandukan EBOOK tersebut, maka pilihan dan tindakan seterusnya menjadi lebih jelas, betul dan baik untuk kesejahteraan komuniti keusahawanan, perniagaan, pelaburan dan perusahaan tanahair.
Boleh dapatkan buku ini terus daripada saya dan anda boleh tanya saya nanti untuk menyelami jawapan-jawapan alternatif yang ada kepada persoalan-persoalan strategik yang dikemukakan.
Dunia adalah kitab terbuka yang luas tanpa penghujung. Tetapi yang menjalaninya adalah manusia yang serba-serbi terhad pengetahuan dan pengalamannya.
Saya juga ada network yang mempunyai pelbagai peluang perniagaan untuk dikongsi terutama yang menggunakan tools AI, Tik Tok, dan lain-lain atau produk digital bagi pencari peluang dan produk.
Untuk pesan (order):
Address
Lot 2020 & 2027 Alambumi Kendong Village Resort, Kampung Seri Kendong, 71350 Kota, Negeri Sembilan
Contacts
Malaysia: +60 11-23282965
kamilglobalmentor@gmail.com
