INGIN HIDUP SEJAHTERA?
ALAMI SENDIRI GAYAHIDUP SIHAT SEJAHTERA SECARA FITRAH
Kehidupan dan gaya hidup manusia telah mengalami transformasi yang sangat ketara sejak era pandemik COVID-19, khususnya antara tahun 2019 hingga 2021.
Saya sendiri mula menyedari kepentingan perubahan gaya hidup ini sejak sekitar tahun 2010, apabila saya mula berhadapan dengan cabaran kesihatan yang berkaitan dengan penyakit tiga serangkai. Ia amat menyentuh perasaan kerana sebelum itu saya seorang yang aktif dalam aktiviti rekreasi luar, termasuk merintis hutan, mendaki gunung, abseiling, badminton dan tenis, sehinggalah usia 60-an.
Dari situ lah saya mewujudkan Pusat Kelulut--Trigona Center dengan memulakan pemakanan madu Asli semulajadi yang saya ternak sendiri.
Dalam tempoh yang sama, saya banyak membaca, mengkaji, berkongsi ilmu dan mengamalkan perlakuan yang berkaitan pemakanan pelbagai produk food supplement.
Daripada pengalaman, pemerhatian dan pembelajaran inilah saya mula bertanya:
APAKAH SEBENARNYA PUNCA KITA TIDAK SIHAT DAN TIDAK SEJAHTERA?
Persoalan inilah yang mendorong saya membangunkan Program Gaya Hidup Sejahtera Alambumi, sebuah pendekatan pembelajaran dan pengalaman yang mengajak kita kembali memahami hubungan antara diri, pemakanan, alam semula jadi, minda, aktiviti fizikal dan hubungan sesama manusia.
Program ini merangkumi antaranya:
Program Gaya Hidup Sejahtera Alambumi
Program Usahawan Sejahtera
Program & Pakej Residensi Alambumi Sejahtera
Kesemuanya dikembangkan melalui pengalaman experiential learning di Alambumi Raudhah Mutqan, Batu 20.5, Sungai Congkak, Hulu Langat.
KEMBALI KEPADA FITRAH
PADAKAH ANDA MEMERLUKAN PERUBAHAN?
Mungkin anda sedang mengalami tekanan, kecamukan fikiran, rasa tidak menentu, kurang bertenaga, sukar memberi tumpuan atau sekadar merasakan bahawa kehidupan anda memerlukan satu perubahan.
Apa kata berhenti seketika daripada kesibukan hidup.
Klik di bawah untuk ke Alambumi Raudhah Mutqan
Pusat utama program kami di sini:


Address
Lot 1091 Batu 20.5 Jalan Haji Mokhtar
Kampung Padang, Sungai Congkak,
43100 Hulu Langat, Selangor
and
2020 & 2027 Alambumi Kendong Village Resort, Kampung Seri Kendong, 71350 Kota, Negeri Sembilan
Company Name:
Ahmad Kamil bin Mohamed
SSM Registration No:
202303232858
